Thursday, June 25, 2009

Ikan Tongkol Masak Lada Hitam




Bahan bahan:

500 g ikan tongkol (saiz sedang tu seekor) di goreng sekejap
3 biji kentang - di potong ikut suka dan di goreng sebentar
1 biji cili merah
1 camca teh garam halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
minyak untuk memasak
1 batang kayu manis
bbrp biji bunga lawang n bunga cengkih
sedikit air

bahan tumbuk:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
beberapa biji lada hitam

cara :

- tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau
- masukkan pula kayu manis, bunga lawang n cengkih
- masukkan cili merah..
- masukkan kentang serta sedikit air..
- masukkan pula sos tiram dan sos cili..
- setelah mendidih masukkan ikan.
- setelah agak pekat angkat dan sedia di hidang.

2 comments:

zealvia said...

mcm best ni..pagi esok nak cuba masak utk ryn lah..asek sop je...

iena hamdi said...

cuba jgn tak cuba